Remaja lelaki ditahan, rogol kenalan perempuan 16 tahun

IPOH – Polis menahan seorang remaja lelaki kerana disyaki merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun di sebuah rumah di Simpang Pulai, di sini.

Ketua Polis Perak, Datuk Azizi Mat Aris berkata, suspek berusia 18 tahun itu ditahan pada 31 Julai lalu sekitar jam 11.30 malam selepas laporan polis dibuat mangsa pada jam 10.25 malam hari yang sama.

Menurutnya, mangsa turut menerima rawatan dan menjalani pemeriksaan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB).

“Hasil semakan mendapati, suspek mempunyai satu rekod lampau kesalahan jenayah,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, Mahkamah Majistret di sini telah mengeluarkan perintah reman terhadap suspek selama lima hari bermula dari 1 hingga 5 Ogos.

“Bagaimanapun, perintah reman dilanjutkan sehingga 9 Ogos ini bagi meneruskan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol,” jelasnya.

Tambahnya, pihak siasatan sedang melengkapkan siasatan dan akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat pendakwa raya negeri untuk cadangan pertuduhan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Remaja lelaki direman, rogol kenalan sebaya sehingga hamil

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI