SUKMA 2024: Perak mula langkah kanan

IPOH – Kontinjen Negeri Perak memulakan langkah kanan apabila berada pada tangga kelima dengan meraih satu emas, dua perak dan satu gangsa dalam temasya Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 setakat Khamis.

Pingat emas disumbangkan pelumba basikal, Nyo Ci Hui dalam acara ujian masa individu wanita pada Rabu.

Dalam perlumbaan sejauh 28.3 kilometer (km) di Lebuh Raya Pehin Sri Adenan Satem, Kuching, atlet itu mengungguli acara berkenaan dengan catatan masa 41 minit 10.793 saat (s)

Pelumba Wilayah Persekutuan Yeong Zhen Yi pula meraih perak dengan catatan masa 42:43.860s, manakala Nur Fitrah Shaari dari Kedah melengkapkan kedudukan podium di kedudukan ketiga dengan catatan 43:19.462s.

Foto, Majlis Sukan Negeri Perak.

Atlet wushu Perak, Foo Mun Fei menyumbang pingat sulung kepada kontinjen negeri dengan meraih pingat perak selepas berkongsi 9.560 mata dengan atlet tuan rumah Fung Tai Leong pada hari sama.

Pada masa sama, atlet basikal lebuhraya negeri, Muhammad Adam Hakimi Nazuan merangkul pingat perak acara ujian masa perseorangan lelaki dengan catatan masa 49:34.439s

Dalam perlumbaan sejauh 37.5 km itu, Pelumba Terengganu, Kee Zhe Yie mengguli acara dengan meraih emas sementara New Joe Lau dari Wilayah Persekutuan di tempat ketiga.

Foto, Majlis Sukan Negeri Perak.

Sementara itu, Hii Yuan, menyumbangkan pingat gangsa yang pertama bagi kontinjen negeri dalam sukan Wushu Taolu bagi acara taijijian lelaki.

Pada acara itu, Lee Cheng Yang mengharumkan nama Wilayah Persekutuan selepas selepas mengumpul 9.563 mata, diikuti Eng Ying Sin dari Pulau Pinang merangkul perak (9.523 mata) dan Hii Yuan gangsa (9.516 mata).

Foto, Majlis Sukan Negeri Perak.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melalui laman Facebook rasmi turut merakamkan ucapan tahniah dan penghargaan kepada kontinjen negeri dalam SUKMA 2024.

SUKMA 2024 yang dianjurkan di sembilan bahagian di Sarawak menyaksikan 37 jenis sukan dipertandingkan.

Ia membabitkan 488 acara yang terdiri daripada 236 acara lelaki, 217 (wanita) dan 35 lagi acara campuran lelaki dan wanita, selain dijangka menghimpunkan 12,619 atlet dan pegawai. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

SUKMA 2024: Atlet Perak sedia buru emas

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI