Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa platform terbaik kukuh jati diri pelajar

IPOH – Penganjuran Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa MADANI Polycc 2023 adalah platform terbaik bagi pengukuhan jati diri pelajar dalam Program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) di politeknik dan Kolej Komuniti.

Pengarah Politeknik Ungku Omar, Dr Shamsuri Abdullah berkata penganjurannya bermatlamat menyokong Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2015 – 2025 (Pendidikan Tinggi) iaitu melahirkan graduan holistik, bercirikan keusahawanan dan seimbang dalam domain kemahiran memimpin, identiti nasional selain kemahiran berfikir dan pengetahuan.

Katanya ia secara tidak langsung dapat memupuk budaya kepimpinan yang mempunyai ciri-ciri aspirasi Malaysia Madani dalam kalangan mahasiswa demi kelangsungan kepimpinan insani di negara ini.

“Kepimpinan mahasiswa merupakan satu legasi yang perlu diusahakan dan diteruskan bagi melahirkan pemimpin berkaliber dan berketerampilan pada masa hadapan.

“Justeru platform mengasah, membimbing dan membentuk jati diri mahasiswa yang hebat perlu diwujudkan seumpama konvensyen ini,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Zabidi Nasan (tengah) ketika hadir pada majlis perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani Polycc 2023 di Politeknik Ungku Omar. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2023

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani POLYCC 2023 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar di sini pada Jumaat.

Hadir sama pada majlis itu, Pengarah Kanan Sektor Latihan dan Pengkaderan Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Shamsuddin Moner serta Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa, Zabidi Nasan.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Zabidi Nasan (dua,kanan) merasmikan Majlis Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani Polycc 2023 di Politeknik Ungku Omar. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2023

Seramai 237 pemimpin pelajar daripada 92 ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dari 32 buah politeknik dan 145 ahli Jawatankuasa Perwakilan Pelajar (JPP) dari 72 buah Kolej Komuniti menghadiri konvensyen yang diadakan selama empat hari bermula Khamis.

Pelbagai aktiviti diadakan sepanjang konvensyen antaranya Dialog Siswa TVET, Pertandingan Akhir Kalam Jauhari, sesi perkongsian ilmu serta aktiviti tanggungjawab sosial korporat Rahmah Tambun bagi memperkasakan para peserta dengan kemandirian ilmu serta persediaan sebagai pemimpin masa depan.

Di samping itu, Shamsuri berkata antara objektif yang digariskan bagi penganjuran konvensyen tersebut adalah memupuk semangat perpaduan dan saling membantu melalui aktiviti kesukarelawanan yang dianjurkan dalam kalangan pemimpin mahasiswa.

Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Taqwa Wilayah Persekutuan, Zabidi Nasan (tengah) ketika hadir pada majlis perasmian Konvensyen Kepimpinan Mahasiswa Madani Polycc 2023 di Politeknik Ungku Omar. Foto ABDULLAH YUSOF, 20 OKTOBER 2023

“Generasi muda hari ini khususnya golongan mahasiswa berdepan tanggungjawab dan cabaran yang besar serta kompleks dalam konteks kehidupan dan ekosistem bermasyarakat.

“(Oleh itu) mereka tidak harus terlalu fokus kepada akademik semata-mata, malah perlu ada nilai ‘kesukarelaan’ yang memberi manfaat kepada masyarakat”, katanya lagi. -MG Perak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI