Lelaki melecur dalam kebakaran rumah di Taman Harmoni

IPOH – Seorang lelaki melecur dalam kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat di Taman Harmoni, di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu sekitar jam 8.34 malam.

Menurutnya, seramai 13 anggota dan pegawai melibatkan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Simpang Pulai dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru digerakkan ke lokasi untuk melakukan operasi pemadaman.

“Ketika tiba di lokasi kejadian, didapati kebakaran melibatkan sebuah rumah teres dua tingkat kelas A terbakar 30 peratus di bahagian ruang tamu.

“Terdapat seorang lelaki cedera melecur sembilan peratus di bahagian badan semasa cuba memadam kebakaran tersebut dari air baldi dan api tersebut telah padam sebelum jentera bomba tiba di lokasi kejadian,” katanya dalam satu kenyataan lewat malam semalam.

Beliau berkata, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) turut memberi rawatan awal kepada mangsa berusia 27 tahun itu.

“Anggota bomba membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan tiada bahaya kebakaran yang berlaku,” jelasnya.

Operasi yang diketuai Pegawai Bomba Kanan II, Johari Tomin itu tamat sepenuhnya pada jam 9.28 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Tiga rumah, tiga motosikal terbakar di Kampung Baru Sungai Buloh

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI