MGPerak: Mohon Dipenjara Selepas Mengaku Salah Buru Rakan Dengan Parang

89

TELUK INTAN – Seorang pekerja kedai tayar memohon dipenjara selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan mengejar rakan baiknya dengan sebilah parang pada 14 Oktober 2023.

Tertuduh Awizal Amri Md Ali, 35, dari Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk itu membuat pengakuan bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Naidatul Athirah Azman.

Mengikut pertuduhan, lelaki bujang berkenaan didakwa melakukan ugutan jenayah dengan niat menyebabkan cemas kepada mangsa berusia 39 tahun di Kampung Sungai Nipah Darat, Bagan Datuk, jam 8.00 malam pada 14 Ogos lalu. – MGPerak

#MalaysiaGazettePerak #MGPerak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini