IPOH -Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan berangkat ke Program Menyemai Semangat Kesetiaan Kepada Raja dan Negara Sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Peringkat Negeri Perak 2024 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, malam ini.
Turut berangkat, Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim; Raja Muda Perak, Raja Jaafar Raja Muda Musa; Raja Puan Besar Perak, Raja Nazhatul Shima Sultan Idris Shah; Raja Di Hilir Perak, Raja Iskandar Dzurkarnain Sultan Idris Shah dan Raja Puan Muda Perak, Tunku Soraya Abdul Halim Mu’adzam Shah.
Hadir sama mengiringi baginda Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad serta barisan Exco Kerajaan Perak. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak