MGPerak: Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani Santuni 367 Guru Besara, Sakit

141

LUMUT – Seramai 367 guru termasuk yang bersara disantuni Jabatan Pendidikan Negeri Perak (JPN) melalui Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani sejak diperkenalkan pada 2022 sehingga 2023.

Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, program yang diperkenalkan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad itu, turut menyasarkan 200 warga pendidik bakal disantuni bagi tahun 2024.

Menurut beliau, Program Ziarah Sentuhan Kasih Cikgu Saarani pada tahun ini akan dilaksana bermula September sehingga Disember melibatkan peruntukan berjumlah RM70,000 daripada kerajaan Perak. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini