IPOH – Seramai 70 murid dari empat sekolah terjejas dalam kejadian banjir dan dan kepala air sehingga mengakibatkan Jambatan Lama Sungai Slim di Slim Village, Tanjung Malim runtuh minggu lalu.
Mereka terdiri daripada 40 murid di Sekolah Kebangsaan (SK) Slim Village; Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Slim Village (sembilan); Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Ho Pin (enam) serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Zulkifli Muhammad (15 pelajar).
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, susulan itu Jabatan Pendidikan Negeri telah mengadakan sesi libat urus dengan pihak berkaitan bagi memastikan proses pembelajaran mereka dapat diteruskan seperti biasa. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak