IPOH – Kerajaan Negeri Perak menyasarkan 400,000 pengunjung ke karnival yang mengangkat anak muda iaitu Karnival Mesra Anak Muda (KAMU) 2024.
Exco Pendidikan, Pengajian Tinggi, Belia dan Sukan Perak, Khairudin Abu Hanipah berkata, karnival berkenaan akan berlangsung selama tiga hari bermula 6 September di Stadium Indera Mulia, dekat sini.
Katanya, pelbagai acara telah disusun sepanjang penganjuran antaranya, Karnival Kerjaya, festival sukan, sukan elektronik (e-sukan), berbasikal, larian, pameran permotoran, demonstrasi, pertandingan kumpulan muzik, Malam Taqqarub, konsert serta jualan. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak