MGPerak : Lelaki Didakwa Mencederakan Warga Emas Diarahkan Jalani Pemeriksaan Mental

100

Seorang penoreh getah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini, atas pertuduhan menyerang seorang warga emas menggunakan parang sehingga menyebabkan kecederaan parah pada Selasa lalu.

Tertuduh, Muhammad Suhardi Din, 54, membuat pengakuan tersebut di hadapan Hakim Nabisha Ibrahim.

Berdasarkan pertuduhan, lelaki terbabit didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Omar Besar, 68, menggunakan sebilah parang yang digunakan senjata untuk menyerang dan mungkin boleh menyebabkan kematian.

Dia dituduh melakukan perbuatan tersebut di sebuah rumah di Kampung Seri Tasik Ganda Temenggor, Gerik pada jam 3.20 petang, 27 Ogos lalu. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini