MGPerak : Ipoh Jadi Tumpuan Pelancong Luang Cuti Sekolah Meskipun Sesak

82

Kesesakan luar biasa berlaku di sekitar bandar raya ini adalah disebabkan orang ramai memanfaatkan musim cuti sekolah serta cuti umum Hari Malaysia dan Maulidur Rasul esok untuk bercuti di sini.

Tinjauan MG Perak di sekitar Pekan Lama iaitu Lorong Panglima (Concubine Lane) dan Lorong Pasar (Market Lane) mendapati lokasi tumpuan pelancong itu dipenuhi pengunjung terdiri dari pelbagai peringkat usia dan kaum.

Rata-rata pengunjung dilihat tidak melepaskan peluang bergambar kenangan serta membawa keluarga bersiar-siar di sekitar lokasi berkenaan. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini