Projek impak tinggi di Perak wajar direbut graduan TVET

PERANAN Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) dalam memacu pembangunan negara tidak boleh dinafikan terutamanya mendepani era Revolusi Perindustrian 4.0 dan ekonomi digital di mana bidang kejuruteraan mekanikal sentiasa berkembang dengan pesat.

Ia ekoran teknologi seperti kecerdasan buatan (AI), robotik, dan Internet of Things (IoT) mengubah landskap industri disamping menyediakan peluang pekerjaan yang luas dalam bidang TVET.

Justeru itu, Kerajaan Negeri Perak di bawah pimpinan Menteri Besarnya, Datuk Seri Saarani Mohamad merangka dan melaksanakan sebuah pelan pembangunan strategik, dikenali sebagai Perak Sejahtera 2030.

Melalui pelan berkenaan Kerajaan Negeri Perak turut memberi penekanan terhadap pembangunan modal insan berkemahiran tinggi, khususnya bidang TVET.

Graduan diploma pada Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-52 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

Malah usaha kerajaan Perak bagi menjayakan rancangan berkenaan dibuktikan dengan kesungguhan melalui projek berimpak tinggi yang akan dan sedang giat dibangunkan dalam menyediakan peluang pekerjaan kepada lepasan TVET dan graduan kejuruteraan.

Bermula dari selatan Perak, Lembah Automotif Berteknologi Tinggi (AHTV) di Tanjung Malim yang bertaraf dunia itu, bukan sahaja bakal menjadi pemangkin industri automotif negara malah dijangka mewujudkan ribuan peluang pekerjaan dalam industri automotif selain memacu perkembangan teknologi hijau.

Di Pantai Barat Perak pula sedang dibangunkan Bandar Perindustrian Maritim Lumut (LuMIC) di Manjung di mana hab maritim ini akan mentransformasi landskap industri maritim Perak dengan menjana peluang dalam sektor perkapalan, logistik, dan industri marin.

Justeru itu, graduan TVET yang meminati bidang kejuruteraan marin atau logistik, LUMIC menawarkan prospek kerjaya yang amat menarik.

Bagi melengkapkan ekosistem industri di Pantai Barat Perak, Taman Industri Halal Perak (Perak HIP) turut dibangunkan di Lekir di mana hab industri halal ini membuka peluang dalam pemprosesan makanan halal dan industri berkaitan.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad mendengar taklimat berkenaan tapak projek Silver Valley Technology Park (SVTP) di Hotel Casuarina Meru, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Ia bukan sahaja akan mewujudkan peluang pekerjaan, tetapi juga akan meletakkan Perak di peta global industri halal.

Sementara itu, di Ipoh sendiri sedang dibangunkan hab teknologi dikenali sebagai Silver Valley Technology Park (SVTP) yang bakal memacu inovasi dan mewujudkan peluang dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi.

Bagi graduan TVET yang mempunyai minat dalam bidang kejuruteraan perisian atau IoT, boleh memanfaatkan SVTP yang menawarkan persekitaran yang kondusif untuk mengembangkan idea dan inovasi.

Akhir sekali di utara Perak kerajaan negeri sedang membangunkan Taman Perindustrian Hijau Bersepadu Kerian (KIGIP) yang bakal menjadi pusat bagi industri-industri yang mengutamakan kelestarian dan teknologi hijau.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad melihat pelan pembinaan ketika hadir ke Majlis Perasmian Pecah Tanah Kerian Integrated Green Industrial Park (KIGIP) di Bagan Serai, Kerian. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR.

Semua projek berimpak tinggi berkenaan bukan sahaja memacu pertumbuhan ekonomi negeri malah juga menyediakan ribuan peluang pekerjaan yang perlu direbut serta dimanfaatkan sepenuhnya graduan TVET di Perak.

Saarani dalam ucapannya sempena Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-52 pada Ogos berkata, pihaknya amat menggalakkan para graduan TVET untuk meneroka projek-projek berimpak tinggi bagi melihat bagaimana mereka boleh memberi sumbangan kepada pembangunannya.

“Sebagai graduan TVET, saudara dan saudari berada pada kedudukan yang unik untuk memanfaatkan peluang-peluang ini.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad pada sidang media selepas Istiadat Konvokesyen Politeknik Ungku Omar (PUO) ke-52 di Dewan Jubli Perak, Politeknik Ungku Omar, Ipoh. Foto ABDULLAH YUSOF.

“Sebagai Menteri Besar, saya juga faham mengenai kekangan dan cabaran untuk graduan menembusi pasaran kerja namun jangan pernah putus asa kerana saya dan rakan-rakan dalam kerajaan akan sentiasa berusaha untuk menyediakan sebaik-baik ruang untuk graduan meningkatkan kapasiti, potensi dan nilai anak-anak Perak,” katanya.

Saarani turut menasihati agar graduan TVET menggunakan masa yang ada untuk terus meningkatkan kemahiran dan pengetahuan dengan melibatkan diri dalam program-program yang ditawarkan kerajaan negeri dan pusat Latihan industri.

“Sertai kursus-kursus profesional yang diiktiraf industri dan ingatlah dalam dunia yang sentiasa berubah ini, pembelajaran sepanjang hayat bukan lagi pilihan, tetapi suatu keperluan,” katanya.

Kerajaan Negeri Perak melalui inisiatif Gerbang Kerjaya yang diterajui oleh Pusat Aspirasi Anak Perak (PASAK) telah merangka pelbagai program untuk membantu anak-anak Perak, termasuk para graduan, mendapatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kemahiran. -MG Perak

Artikel Berkaitan:

Graduan TVET perlu seiring pembangunan taman perindustrian

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI