3,000 sertai Perak INNO-Night Run 2024

IPOH – Kira-kira 3,000 peserta daripada pelbagai peringkat umur telah menyertai Perak INNO-Night Fun Run 2024 anjuran Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak di Dataran Bangunan Perak Darul Ridzuan, malam tadi.

Acara larian sejauh lima kilometer itu terpaksa dibatalkan akibat hujan lebat yang berterusan atas faktor keselamatan peserta.

Bagaimanapun, sesi cabutan bertuah tetap diteruskan dan diadakan di dalam Dewan Bankuet bangunan berkenaan.

3,000 peserta sertai INNO-Night Fun Run 2024
Suasana sekitar Perak INNO-Night Run 2024 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 SEPTEMBER 2024.

Penyampaian hadiah utama cabutan bertuah disempurnakan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad.

Hadiah utama cabutan bertuah dimenangi Ngo Jia Ziin, 13, dari Jalan Kuala Kangsar yang membawa pulang televisyen 65 inci jenama Hisense.

Peserta larian turut disajikan dengan persembahan tarian kebudayaan dan aksi persembahan api di luar dewan.

3,000 peserta sertai INNO-Night Fun Run 2024
Persembahan tarian pada Perak INNO-Night Run 2024 di Dewan Bankuet Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 27 SEPTEMBER 2024.

Penganjuran acara larian ini adalah rentetan siri program kayuhan Innoride yang telah dilaksanakan tahun lalu bagi terus mempromosikan semangat inovasi dalam kalangan masyarakat negeri Perak.

Selain itu, penganjuran ini juga adalah pengisian sempena Majlis Anugerah Kumpulan Inovatif dan Kreatif Peringkat Negeri Perak Tahun 2024 yang akan berlangsung pada 1 Oktober ini di Hotel Casuarina@Meru. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Saarani sempurnakan ‘flag off’ Rimba Raid Lenggong 2024

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI