Perak mampu imbangi industri mineral global yang dimonopoli China

GOPENG – Projek perintis perlombongan unsur nadir bumi bukan radioaktif (NR-REE) di mukim Kenering berjaya melonjakkan Perak dalam peta industri mineral global yang sebelum ini dimonopoli China.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penubuhan makmal analisis mineral Terra Mineral Lab Sdn Bhd (TML) pertama secara tidak langsung mengukuhkan kedudukan negeri sebagai pengeluar latanida yang telah menjana royalti sebanyak RM29.73 juta kepada kerajaan negeri.

Menurutnya, setakat ini lebih 85 peratus pengeluaran lantanida dunia dikuasai oleh China namun penubuhan TML membantu dalam menyumbang kepada kepelbagaian rantaian bekalan global, sekaligus mengurangkan pergantungan dunia kepada suatu sumber.

“Dengan adanya (pengeluaran mineral) di Malaysia, bukan sahaja di Malaysia mungkin ada di negara lain seperti Myanmar, Kemboja, Vietnam, kita telah memberi peluang kepada pengguna supaya tidak bergantung kepada satu sumber di dunia

“Jadi Malaysia, di Perak khususnya ada menawarkan sumber ini kepada dunia,” katanya pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian TML dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral (CoE) di kawasan Perindustrian Gopeng di sini, pada Khamis.

Perak mampu imbangi industri mineral global yang dimonopoli China
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika sesi sidang media pada Majlis Perasmian Terra Mineral Lab (TML) dan Pusat Kecemerlangan Penyelidikan Mineral di Perkarangan Pejabat TML Gopeng, Perak. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 3 OKTOBER 2024.

Hadir sama, Exco Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Teh Kok Lim dan Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak, Anuar Zainal Abidin.

Dalam pada itu, Saarani berkata, pembukaan makmal analisis mineral di negeri ini memberi peluang kepada kerajaan negeri lain dan pihak swasta untuk memanfaatkan sepenuhnya demi pembangunan industri mineral negara.

“Negeri lain tidak perlu membuka makmal yang sama kerana mahal. Mereka boleh datang untuk mengguna pakai makmal sedia ada dan boleh dan memperluas mengikut keperluan semasa.

“Sebelum ini, pelbagai kos diperlukan untuk dibawa ke China atau ke negeri lain melibatkan pengangkutan, logistik dan proses yang perlu dilalui termasuk kastam, imigresen dan sebagainya.

“Bagaimanapun, dengan adanya makmal ini, kita tidak perlu mengeluarkan kos untuk tujuan itu dan hanya membayar yuran perkhidmatan sahaja,” jelasnya.

Kerajaan negeri Perak melalui Perbadanan Menteri Besar (MB Inc) Perak mencipta sejarah dengan penubuhan makmal komersial pertama di Malaysia iaitu TML dan CoE bernilai RM12 juta di kawasan Perindustrian Gopeng, di sini. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Perak pelopori makmal analisis mineral pertama di Malaysia

 

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI