PUO dipilih Singapore Polytechnic anjur LeX 2024

IPOH – Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerjasama Kolej Komuniti Gerik, Politeknik Jeli dan Politeknik Bagan Datuk sekali lagi dipilih Singapore Polytechnic sebagai penganjur program Learning Express (LeX) 2024 bermula 30 September sehingga 11 Oktober.

Dalam satu kenyataan PUO memaklumkan, program berkenaan disertai seramai 30 pelajar dari Singapore Polytechnic serta 30 peserta dari PUO, Politeknik Jeli, Politeknik Bagan Datuk dan Kolej Komuniti Gerik.

Katanya, program berkenaan dianjurkan bertujuan memberi pendedahan kepada peserta untuk mengaplikasikan konsep ‘design thinking’ di lapangan dunia sebenar.

PUO Politeknik Kolej Komuniti program LeX 2024 Singapore Polytechnic peserta pelajar
Sekitar program Learning Express (LeX) 2024 yang dianjurkan Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerjasama Kolej Komuniti Gerik, Politeknik Jeli dan Politeknik Bagan Datuk. Foto PUO

“Peserta mengaplikasikan konsep reka bentuk pemikiran, melalui pendekatan empati terhadap masalah sebenar yang sedang dihadapi oleh subjek sasaran untuk menghasilkan solusi yang efektif.

“Komunikasi dan kerjasama merentasi budaya, khususnya yang terjalin di antara peserta dari Singapura dan Malaysia, menjadi elemen penting dalam program ini.

“Di samping itu, ia memupuk pertukaran idea dan mengetahui serta memahami budaya yang berbeza dalam kalangan peserta,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya lagi, LeX 2024 terbahagi kepada tiga lokasi dan skop berbeza iaitu projek ternakan ikan, ternakan rusa serta penanaman serai.

Mengulas lanjut katanya, skop projek ternakan ikan melalui teknologi BioFloc yang diusahakan peserta Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Kampung Jeli bersama perkongsian kepakaran Politeknik Jeli, di Kelantan.

PUO Politeknik Kolej Komuniti program LeX 2024 Singapore Polytechnic peserta pelajar
Sekitar program Learning Express (LeX) 2024 yang dianjurkan Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerjasama Kolej Komuniti Gerik, Politeknik Jeli dan Politeknik Bagan Datuk. Foto PUO

“Skop seterusnya, projek ternakan rusa di bawah Projek Bersepadu Pembangunan Ekonomi Kampung (PROSPEK), Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang dikawal selia oleh Pejabat Daerah dan Tanah Lenggong, Perak.

“Selain itu, skop projek penanaman serai dan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) pengeluaran tempe pula setiap satunya diusahakan pengusaha individu yang juga penduduk Batu 8, Kampung Bendang Siam, di Changkat Jering,” jelasnya.

Tambah PUO, pengalaman bergaul dengan komuniti setempat juga membuka peluang kepada peserta untuk mempelajari budaya dan rutin kehidupan seharian masyarakat setempat, memperkukuhkan empati serta tanggungjawab sosial.

Katanya lagi, ia juga membantu meningkatkan peserta kemahiran insaniah lain seperti kerja berpasukan, komunikasi berkesan, dan penyesuaian diri diasah dalam kepelbagaian suasana.

“Peserta juga didorong untuk mencipta impak positif melalui penyelesaian inovatif dan efektif kepada masalah yang dihadapi oleh komuniti.

“Program ini bukan sahaja mengembangkan potensi akademik dan profesional, tetapi juga membina kesedaran peserta terhadap kemampuan mereka dalam memperkenalkan perubahan yang bermakna,” ujarnya.

PUO Politeknik Kolej Komuniti program LeX 2024 Singapore Polytechnic peserta pelajar
Sekitar program Learning Express (LeX) 2024 yang dianjurkan Politeknik Ungku Omar (PUO) dengan kerjasama Kolej Komuniti Gerik, Politeknik Jeli dan Politeknik Bagan Datuk. Foto PUO

PUO memaklumkan, Majlis Perasmian Penutup LeX 2024 Singapore Polytechnic telah berlangsung pada Selasa dan ia dirasmikan Pengarah Kanan (Akademik), Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komuniti, Mohd Noor Shahudin.

Justeru ujarnya, para peserta menzahirkan keterujaan dan penghargaan kepada PUO selaku rakan kolaboratif Singapore Polytechnic yang sudi menerima dan menyusun pelaksanaan program di Malaysia.

Katanya lagi, ia sebagai satu usaha melestarikan proses pertukaran ilmu serta mencetuskan hubungan kerjasama baharu dalam memperkasakan program Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET). – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Graduan PUO diseru berkhidmat, tabur bakti pada masyarakat

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI