IPOH – Perak mencatatkan jumlah peningkatan kematian akibat kes denggi dengan 13 kematian dicatatkan pada tahun ini berbanding hanya satu kematian dicatatkan pada tahun lalu.
Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, jumlah itu termasuk kes kematian terbaharu melibatkan seorang lelaki berusia 46 tahun dari Taman Wing Onn dalam daerah Kinta. – MGPerak