IPOH – Kementerian Kerja Raya (KKR) akan memohon peruntukan berjumlah RM20 juta bagi pembinaan hentian Rehat dan Rawat (R&R) di Lingkaran Tengah Utama (LTU).
Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, pihaknya akan memohon peruntukan tersebut daripada Kementerian Ekonomi dan Kementerian Kewangan.
Menurut beliau, R&R tersebut akan dibina di kedua-dua arah lebuh raya dalam daerah Bentong dengan kos bernilai RM10 juta setiap satu dan tapak pembinaannya telah dikenal pasti. – MGPerak