Perkampungan GISBH di Batu Hampar Beruas, lengang

BERUAS – Keadaan di sebuah perkampungan Global Ikhwan Services and Businesses Holdings (GISBH) di Kampung Batu Hampar Dalam, dekat sini lengang di samping kawasan ditutup dengan garisan kuning polis.

Tinjauan pemberita di lokasi pada Ahad, mendapati maahad dan kedai runcit di perkampungan berkenaan turut tidak beroperasi.

Juga kelihatan notis penghentian operasi maahad yang dikeluarkan Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) bertarikh 27 September lalu.

Kandungan notis itu menyebut, sekolah berkenaan belum berdaftar sebagaimana yang terkandung di bawah Enakmen Kawalan-kawalan Sekolah Agama Islam 1996

“Oleh yang demikian tuan dikehendaki menghentikan operasi sekolah serta merta.

“Kerjasama dan perhatian daripada tuan berhubung perkara ini amatlah dihargai,” tulis notis yang ditampal pada papan tanda maahad di perkampungan itu.

Selain itu, hasil tinjauan lebih sejam di lokasi mendapati jalan di hadapan perkampungan GISBH jarang dilalui kenderaan selain ia berada lebih 14 kilometer (km) daripada Pekan Beruas.

Pada Sabtu, media melaporkan anak sulung kepada bekas pemimpin Al-Arqam, Ummu Atiyah Ashaari akan menunjukkan lokasi dia didakwa dikurung kira-kira sebulan sebulan di sebuah perkampungan GISBH di Batu Hampar.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain dilaporkan berkata, anak kepada Ashaari Muhammad itu akan menunjukkan lokasi berkenaan bagi membantu siasatan.

Terdahulu, Ummu Atiyah mendakwa pernah menjadi mangsa keganasan serta dirogol seorang pemimpin GISBH.

Menurutnya, kejadian tersebut berlaku sewaktu dia dipaksa untuk berkahwin dengan seorang pemimpin GISBH pada 2015.- MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiada bukti kukuh penglibatan pegawai kerajaan, pemimpin politik dengan GISBH

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI