PM Anwar tegaskan isu buli, budaya samseng tidak boleh dikompromi

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) dan Kementerian Pendidikan (KPM), untuk tidak berkompromi dengan budaya samseng, buli dan gangsterisme di institusi pendidikan masing-masing.

Menegaskan perkara itu, Anwar berkata isu berkenaan perlu dilihat dengan lebih serius kerana tiada maknanya keterampilan dan kepimpinan tanpa nilai, adab dan akhlak yang murni.

“Budaya samseng, buli, gangsterisme yang berlaku dalam sistem pendidikan sama ada di sekolah Cina, sekolah Tamil, maahad tahfiz, sekolah agama…ini satu kegilaan kerana kita bicara soal ilmu, tapi tiada akhlak dan nilai.

“Ini cabaran kita dalam program pendidikan, nilai dan akhlak perlu ditekankan, kelemahan kita kerana kita mengambil sikap mengalah, toleran terhadap buli, ini tidak akan berlaku jika budaya menolaknya,” katanya berucap pada program Temu Anwar di Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Naib Canselor UPNM Lt Jen Datuk Mardzuki Muhammad.

— BERNAMA

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI