Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah berkenan mengurniakan sumbangan sebanyak RM93,600 bagi membiayai makanan tengah hari kepada 7,800 banduan dan tahanan di negeri ini bersempena dengan Sambutan Hari Keputeraan Baginda, pada Jumaat.
Orang Kaya Bendahara Seri Maharaja, Tan Sri Dr Mohd Zahidi Zainuddin berkata, hidangan istimewa kurniaan baginda itu disediakan Jabatan Penjara Negeri kepada penghuni di empat lokasi masing-masing.