IPOH – Penggunaan bahasa kolokial dan bahasa dialek dalam kalangan masyarakat di negara ini perlu dipertahankan supaya tidak pupus dipengaruhi kemodenan dan kecanggihan teknologi.
Menteri Perpaduan Negara, Aaron Ago Dagang berkata, pengunaan media sosial merupakan antara faktor yang boleh mempengaruhi penggunaan bahasa kolokial yang semakin menipis dalam kalangan generasi muda.
Menurutnya, perkara tersebut tidak sepatutnya berlaku kerana keberdayaan sesuatu bahasa itu akan terkesan melalui penggunaan bangsa yang menuturkannya. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak
BACA SELANJUTNYA:
Bahasa kolokial, dialek perlu dipertahan supaya tidak pupus