Mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 orang

IPOH – Jumlah mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 mangsa daripada 86 keluarga yang ditempatkan di tiga pusat pemindahan sementara (PPS), melibatkan dua daerah setakat jam 8 malam pada Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, jumlah itu menurun berbanding 277 mangsa daripada 88 keluarga yang dilaporkan pada pagi Khamis.

JPBN dalam satu kenyataan memaklumkan, penurunan jumlah mangsa banjir di Perak melibatkan PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan yang menempatkan penduduk dari Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 7, Batu 9, Batu 10 dan Lorong Sidang Osman.

Ujarnya, PPS  berkenaan merekodkan penurunan kepada 174 mangsa daripada 56 keluarga berbanding  186 mangsa daripada 59 keluarga pada sebelah pagi.

“Bagaimanapun jumlah mangsa di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap, yang menempatkan penduduk dari Kampung Kilang Kacang dan Kampung Batu 9 Changkat Jong masih kekal 53 mangsa daripada 19 keluarga.

“Selain itu, terdapat 53 mangsa daripada 19 keluarga dari Kampung Kilang Kacang dan Kampung Batu 9 Changkat Jong yang masih ditempatkan di PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) Langkap.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan mangsa banjir yang ditempatkan di dua PPS di daerah Hilir Perak adalah seramai 227 orang daripada 72 keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut, sekretariat JPBN Perak berkata, jumlah mangsa banjir di daerah Kerian kekal seramai 41 orang daripada sembilan keluarga dari Kampung Matang Tengah yang ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) melaporkan paras air Sungai Bidor setakat ini masih berada pada tahap bahaya dengan ketinggian 3.70 meter (m) melepasi paras normal iaitu 2.0m.

Paras air Sungai Perak di Weir Tanjung Tualang pula berada pada tahap waspada dengan ketinggian 13.07m berbanding paras normal 10m.

Sementara itu, Sekretariat JBPN melaporkan Jalan Kubu Gajah, Ijok-Sumpitan masih ditutup kepada semua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak akibat tanah runtuh.

Katanya, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid.

“Kita turut meminta supaya orang ramai tidak menggunakan Jalan Proton City di daerah Muallim kerana  akibat tanah runtuh kerana kedua-dua arah laluan terhalang,” jelasnya. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

277 mangsa banjir di Perak, ditempatkan di tiga PPS

MGPerak: Situasi Banjir Genang Di Kampung Batu 9, Simpang 3 Changkat Jong, Teluk Intan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI