277 mangsa banjir di Perak, ditempatkan di tiga PPS

IPOH – Seramai 277 mangsa banjir daripada 88 keluarga di tempatkan di tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) melibatkan dua daerah di negeri ini, setakat pagi Khamis.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak berkata, jumlah pps masih kekal dengan dua di Daerah Hilir Perak dan satu di Daerah Kerian.

Menurut Sekretariat JPBN Perak, seramai 186 mangsa daripada 59 keluarga daripada Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 10, Batu 7, Batu 9 dan Lorong Sidang Osman, ditempatkan di PPS Dewan Serbaguna Padang Tembak, Teluk Intan.

“Bagi PPS Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) pula, terdapat 58 mangsa daripada 22 keluarga dari Kampung Batu 9 Changkat Jong dan Kampung Kilang Kacang, Changkat Jong.

“Manakala di Kerian pula, seramai 33 mangsa daripada tujuh keluarga dari Kampung Matang Tengah ditempatkan di PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak,” katanya dalam satu kenyataan, pada Khamis.

Sementara itu, Sekretariat JBPN melaporkan Jalan Kubu Gajah, Ijok-Sumpitan ditutup kepada semua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak akibat tanah runtuh.

Katanya, orang ramai boleh menggunakan laluan alternatif di Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Penduduk gesa usaha konkrit selesai masalah banjir

245 mangsa banjir dipindahkan ke tiga PPS di Perak

Banjir Teluk Intan, dua PPS dibuka ekoran pertambahan mangsa

MGPerak: Situasi Banjir Genang Di Kampung Batu 9, Simpang 3 Changkat Jong, Teluk Intan

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI