245 mangsa banjir dipindahkan ke tiga PPS di Perak

IPOH – Seramai 245 mangsa banjir daripada 77 keluarga, di pindahkan ke tiga Pusat Pemindahan Sementara (PPS) setakat pagi Rabu, selepas kediaman mereka dinaiki air sejak Isnin, di negeri ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak, dalam satu kenyataan berkata, PPS yang dibuka melibatkan dua daerah di Perak iaitu Daerah Hilir Perak dan Daerah Kerian.

Menurutnya lagi, PPS yang dibuka melibatkan Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI), Langkap, di Hilir Perak dan Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, di Kerian.

“Daerah Hilir Perak merekodkan jumlah mangsa paling ramai iaitu seramai 226 mangsa melibatkan 74 buah keluarga, diikuti Daerah Kerian seramai 19 mangsa daripada tiga buah keluarga.

“Daerah Hilir Perak menunjukkan trend pertambahan mangsa banjir setakat pagi ini manakala Daerah Kerian pula kekal,” katanya.

Mengulas lanjut, Sekretariat JPBN Perak berkata, terdapat sembilan kawasan di Daerah Hilir Perak yang terjejas akibat banjir melibatkan Lorong Kedah, Lorong Belakang Klinik, Batu 9 Simpang Tiga, Batu 10, Batu 7, Batu 9, Lorong Sidang Osman, Kampung Batu 9 Changkat Jong dan Kampung Kilang Kacang.

Sementara itu, bagi Daerah Kerian pula melibatkan satu kawasan sahaja iaitu Kampung Matang Tengah. – MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Banjir Teluk Intan, dua PPS dibuka ekoran pertambahan mangsa

Banjir Teluk Intan, 50 mangsa dipindahkan ke PPS

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI