Mangsa banjir meningkat 324 orang, Hulu Perak daerah terbaharu terjejas

IPOH – Situasi banjir di Perak makin meruncing apabila jumlah mangsa terjejas merekodkan peningkatan kepada 324 orang daripada 99 keluarga berbanding 253 orang pada tengah malam tadi.

Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) berkata, setakat jam 8 pagi pada Jumaat, Hulu Perak menjadi daerah terbaharu atau ketiga yang terjejas dengan fenomena itu susulan pembukaan sebuah Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Menurut sekretarian JPBN Perak, sebuah PPS di Sekolah Kebangsaan Kerunai, Gerik dibuka pada jam 10.15 malam dan menempatkan 76 mangsa daripada 20 buah keluarga melibatkan sembilan kampung.

Katanya, kesemua kampung yang terlibat merupakan Kampung Pahat Dalam, Kampung Pahat Luar, Kampung Tanjung Kekabu, Kampung Star Kecil, Kampung Kerunai, Kampung Kota, Kampung Dusun, Kampung Padang Stang serta Kampung Padang Langgar.

Sementara itu, tiga PPS di dua daerah lain iaitu di Dewan Serbaguna Padang Tembak dan Dewan Majlis Perbandaran Teluk Intan (MPTI) dekat Hilir Perak, serta Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak, di Kerian masih dibuka sejak beberapa hari lalu.

“Setakat jam 8 pagi, seramai 169 mangsa melibatkan 55 keluarga ditempatkan di PPS Dewan Dewan Serbaguna Padang Tembak serta 38 mangsa melibatkan 15 keluarga di PPS Dewan MPTI.

“Manakala seramai 41 mangsa daripada sembilan keluarga ditempatkan PPS Sekolah Kebangsaan Changkat Lobak,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Dalam pada itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) merekodkan paras air di Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak berada pada tahap bahaya dengan ketinggian 3.82 meter (m) melepasi melepasi paras normal iaitu 2.0m.

Sementara paras air sungai di Sungai Perak di Weir Tanjung Tualang di daerah Kinta pula berada pada tahap waspada dengan ketinggian 13.48m berbanding paras normal 10m.

Manakala Sungai Kerian di Selama Perak di Daerah Larut Matang dan Selama juga merekodkan paras air waspada dengan ketinggian 11.28m, melepasi paras normal 10m.

Sementara itu, Sekretariat JBPN melaporkan Jalan Kubu Gajah, Ijok-Sumpitan serta Jalan Pintasan Kampung Sumpitan-Kampung Masjid masih ditutup kepada semua kenderaan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Perak akibat tanah runtuh.

Namun, Jalan Selama di Kerian yang turut terjejas dengan situasi sama hanya dibuka kepada kenderaan berat sahaja. -MG Perak

BACA SELANJUTNYA:

Mangsa banjir di Perak menurun kepada 268 orang

277 mangsa banjir di Perak, ditempatkan di tiga PPS

MGPerak: ‘Jika Tidak Selesai, Berjumpa Lagi Kita di PPS Tahun Depan’ Penduduk

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI