Pemandu tersepit, rempuh belakang lori

GOPENG – Seorang pemandu lori lima tan cedera selepas tersepit dalam kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lagi lori di kilometer (km) 294.8, Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara dekat sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi JBPM Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat berkenaan kejadian melibatkan lelaki berusia 32 tahun itu pada jam 1.40 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gopeng diatur gerak ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 8km.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi mendapati kemalangan jalan raya itu membabitkan sebuah lori lima tan yang telah merempuh belakang sebuah lori yang lain.

“Anggota bomba menggunakan peralatan menyelamat bagi mengangkat ‘dashboard’ atau papan pemuka dan kerusi pemandu.

“Setelah pemandu berjaya dibawa keluar dari kenderaan terbabit, mangsa diberikan rawatan awal,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.

Tambah Sabarodzi, mangsa telah dihantar ke hospital untuk menerima rawatan selanjutnya.

Operasi yang diketuai Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II Norazhan Noor Fauzi tamat pada jam 1.51 pagi. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Kereta terbabas: Lelaki maut, tersepit

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI