Darul Muttaqim bantu mangsa selesaikan hutang ah long

KUALA LUMPUR – Pusat pengajian Al-Quran dan Fardu Ain, Darul Muttaqim (DM) berjaya menyelesaikan lebih 3,500 kes peminjam daripada pemberi pinjaman wang tidak berlesen atau ah long.

Kesemua kes itu melibatkan mangsa berusia antara 15 hingga 60 tahun yang masing-masing merupakan warga tempatan termasuk tiga kes membabitkan warga Singapura, Filipina dan Palestin.

Pengurus Darul Muttaqim, Fariz Izhar Adrus berkata, kes melibatkan kegiatan ah long semakin membimbangkan di negara ini apabila terdapat mangsa seawal usia 15 tahun yang berani membuat pinjaman daripada sindiket tersebut.

“Hampir tiga tahun kami di Darul Muttaqim membantu mangsa-mangsa ah long…situasi ini merisaukan kerana kegiatan ah long ini tidak pernah berhenti.

“Kami ambil langkah membantu mangsa secara bersyarat, antaranya mereka mesti belajar fardu ain selama tiga bulan di negeri masing-masing di bawah pemantauan Darul Mutaqqim,” katanya menerusi kenyataan.

Fariz Izhar berkata, DM adalah satu-satunya pemberi khidmat nasihat yang sedia membayarkan wang pinjaman berdasarkan jumlah yang diterima mangsa kepada ah long tanpa membayar lebihan caj atau bunga.

“Setakat ini, kami juga berjaya menghentikan tekanan atau ancaman ah long terhadap mangsa bagi mengembalikan semula kehidupan yang lebih baik untuk mangsa dan keluarga” ujarnya.

Dalam pada itu katanya, bagi memastikan mangsa tidak mengulangi tabiat buruk seumpama itu, peminjam diminta untuk melibatkan diri dalam program-program dakwah anjuran DM.

Katanya, individu yang mahu mendapatkan khidmat bantuan boleh menghubungi talian 011-5589 3155 atau hadir ke ibu pejabat DM di Alor Setar, Kedah atau di Jalan Ipoh, di sini. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI