Bomba tenangkan wanita cuba terjun Sungai Perak

IPOH – Anggota bomba memberi khidmat nasihat kepada seorang wanita yang dipercayai cuba terjun ke Sungai Perak di Taman Rekreasi Teluk Intan, dekat sini, pada Selasa.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima maklumat melalui panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 9.04 pagi.

Katanya, sejurus selepas itu sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Teluk Intan diatur gerak dan tiba di lokasi kira-kira 25 minit kemudian.

“Pasukan bomba di lokasi mendapati mangsa seorang wanita berusia 38 tahun dalam cubaan terjun ke sungai. Namun mangsa berjaya diselamatkan orang awam sebelum bomba tiba.

“Komander Operasi Pegawai Bomba Kanan (PBK) II, Abidul Hazman Adam bertindak menenangkan dan memberi khidmat nasihat kepada mangsa,” katanya dalam satu kenyataan, pada Selasa.

Ujar Sabarodzi, mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut dan operasi tamat pada jam 10.28 pagi. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Wanita kurang siuman diselamatkan selepas dua jam atas tangki air

 

 

Artikel Berkaitan:

Lelaki tolak isteri jatuh gaung, ugut bunuh ditahan polis

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI