Prestasi bagus, Menteri Kewangan II patut naik pangkat – Syahir

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen Pembangkang mencadangkan agar Menteri Kewangan II, Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan ‘dinaikkan pangkat’ menjadi Menteri Kewangan menggantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Perkara tersebut dikemukakan Mohd. Syahir Che Sulaiman (PN-Bachok) ketika bangun mencelah dalam sesi ucapan penggulungan Kementerian Kewangan Rang Undang-undang Perbekalan (Belanjawan 2025) di Dewan Rakyat di sini malam tadi.

“Menteri Kewangan II kita ni sangat performlah, seorang teknokrat yang profesional. Saya cadang bolehlah naikkan pangkat beliau jadi full Menteri Kewangan yang penuh kerana YAB Tambun (Anwar) kita faham dah sedia sangat sibuk.

“Jadi YB Senator (Amir) kita boleh jadi Menteri Kewangan penuh dan sangat-sangat sesuai untuk diasingkan jawatan Menteri Kewangan daripada jawatan Perdana Menteri,” ujarnya yang terdahulu bangun bertanya mengenai Rizab Antarabangsa Bank Negara.

Cadangan Syahir itu juga dipercayai berkait dengan usaha untuk menjaga integriti dan mengelak konflik kepentingan apabila portfolio sebagai Menteri Kewangan dijawat sama oleh Perdana Menteri, malah ia isu dan janji pernah diperjuangkan pemimpin PKR.

Turut bangun mencelah pada ketika itu adalah Datuk Seri Dr Shahidan Kassim (PN-Arau) yang meminta penjelasan mengenai kedudukan ringgit dan kedudukan sebenar ekonomi negara pada ketika ini.

Amir Hamzah dalam jawapannya memberitahu bahawa rizab Bank Negara pada Februari lalu pada tahap USD113 bilion (RM502.5) berbanding kini USD117.6 bilion (RM522.) di mana ringgit telah sedikit mengukuh.

“Dengan itu kita ada pada tahap simpanan yang cukup untuk menyokong import dalam negara lebih pada 4.8 kali. Ini lebih pada saranan daripada World Bank dengan IMF semua ya. Saya rasa itu tak ada isu yang yang besar untuk Bank Negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI