Perak Entrepreneurship Scholars’ Advancement (Perkasa) 2024 adalah satu inisiatif kerajaan negeri yang dilaksanakan selari dengan usaha menyahut seruan kerajaan bagi melahirkan lebih ramai usahawan dalam kalangan graduan di negeri ini.
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat dan Pembangunan Usahawan Perak, Datuk Salbiah Mohamed berkata, program tersebut adalah anjuran bersama Sekretariat Usahawan Negeri Perak (STeP) dan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Tapah termasuk mentor perniagaan serta beberapa agensi terlibat. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak