MTL: Pengusaha diminta henti sementara aktiviti riadah air – Bomba Perak

IPOH – Pengusaha aktiviti rekreasi di air diminta untuk menghentikan sementara sebarang kegiatan riadah sepanjang tempoh Monsun Timur Laut (MTL) ketika ini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon berkata, ia dikhuatiri kejadian kepala air berlaku dan secara tidak langsung mengancam keselamatan serta nyawa pengunjung.

MTL Henti sementara aktiviti riadah di air Bomba Perak Sayani kepala air pengunjung JBPM
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon (dua, kiri) menyerahkan sijil penghargaan pada Majlis Perhimpunan Bulanan November 2024 dan Majlis Sekalung Budi Pesara-Pesara Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 NOVEMBER 2024.

“Apabila kita keluarkan senarai lokasi titik panas kepala air, ada yang tidak senang. Tetapi dalam musim cuaca tidak menentu ini, orang ramai terutama pengusaha aktiviti di air diminta untuk hentikan sementara kegiatan mereka sehingga MTL selesai.

“Sekiranya berlaku perkara tidak diingini, masing-masing akan cuba mencari salah, sedangkan peringatan awal telah diberikan. Sepatutnya semua kena berwaspada agar tidak berlaku kejadian meragut nyawa.

“Ini kerana pengunjung akan mempercayai pengendali aktiviti rekreasi air, apabila dikatakan keadaan selamat, pengunjung akan menganggap ia situasi selamat,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Majlis Perhimpunan Bulanan dan Majlis Sekalung Budi Pesara-Pesara JBPM Perak di Ibu Pejabat JBPM Negeri di Meru, dekat sini, pada Khamis.

MTL Henti sementara aktiviti riadah di air Bomba Perak Sayani kepala air pengunjung JBPM
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon memeriksa anggota barisan kawalan kehormatan ketika hadir ke Majlis Perhimpunan Bulanan November 2024 dan Majlis Sekalung Budi Pesara-Pesara Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 NOVEMBER 2024.

Pada masa sama Sayani turut meminta agar orang ramai untuk turut peka dan mengambil langkah berwaspa sepanjang tempoh MTL ini dengan tidak melakukan sebarang aktiviti riadah seperti berkelah berhampiran dengan kawasan air.

Jelas beliau, kejadian yang berlaku di Sungai Jahang, Gopeng sehingga meragut nyawa tiga kakitangan Jabatan Kerja Raya (JKR) dan seorang wanita di Sungai Air Beruk, Gerik dalam tempat terdekat wajar dijadikan sebagai iktibar.

“Disember depan akan bermula cuti sekolah, dan saya percaya ramai ibu bapa akan bawa anak-anak mereka untuk pulang ke kampung.

“Dalam kita hendak memeriahkan suasana kekeluargaan itu, cuba elakkan daripada melakukan sebarang aktiviti berkaitan air,” katanya lagi.

MTL Henti sementara aktiviti riadah di air Bomba Perak Sayani kepala air pengunjung JBPM
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sayani Saidon bergambar kenangan bersama pesara JBPM Negeri Perak pada Majlis Perhimpunan Bulanan November 2024 dan Majlis Sekalung Budi Pesara-Pesara Tahun 2024 di Ibu Pejabat JBPM Negeri Perak, Ipoh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 28 NOVEMBER 2024.

Dalam perkembangan sama, Sayani memberitahu, JBPM Perak telah mengenal pasti  21 lokasi kepala air seluruh negeri ini merangkumi yang lima daerah iaitu di Kinta, Kampar, Kuala Kangsar, Larut Matang dan Selamat serta Hulu Perak.

Kata beliau, antara lokasi terbabit termasuk Lata Kekabu di Hulu Perak, Burmese Pool Bukit Larut di Larut Matang dan Selama, Air Terjun Batu Hampar di Kuala Kangsar, Kledang Saiong dan Sungai Jahang di Kinta serta, Air Terjun Batu Berangkai dan Sungai Dipang di Kampar.

Titik panas kepala air itu ditetapkan berdasarkan statistik kejadian kepala air yang sering berlaku serta meragut nyawa pengunjung ataupun penduduk setempat di kawasan tersebut. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Tiga kakitangan JKR lemas: Polis rakam percakapan 19 individu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI