MARA tak pilih bulu, ada prosedur ketat tuntut hutang

KUALA LUMPUR- Majlis Amanah Rakyat (MARA) terikat dengan prosedur dan proses yang ketat menurut lunas undang-undang dalam mengambil tindakan terhadap peminjam.

Pengerusi Mara, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menegaskan, MARA tidak akan sewenang-wenangnya mengambil tindakan terhadap peminjam yang culas atau memilih bulu dalam tindakan.

“Malah sebelum apa jua tindakan perundangan dilakukan, nilai ‘IHSAN’ juga diutamakan dengan memberi ruang kepada peminjam yang bermasalah untuk datang ke MARA berunding mengenai penjadualan dan penstrukturan hutang mereka.

“Namun jika semua usaha ini masih culas, sengaja tidak mahu membayar (procrastination) walaupun berkemampuan bahkan boleh pula memperagakan kemewahan di media sosial, MARA tidak akan teragak-agak mengambil tindakan perundangan,” katanya dalam satu hantaran di media sosial.

Jelas Asyraf, tindakan perundangan adalah jalan terakhir untuk memastikan setiap sen wang rakyat dapat dikutip semula untuk manfaat orang lain pula.

Dalam hantaran terkininya, Pengerusi MARA itu memuat naik sepotong hadis yang bermaksud dosa hutang tidak dimaafkan walaupun selepas mati syahid.

Ketika menjawab salah satu pertanyaan daripada warga net, Asyraf menjawab seseorang itu tidak sepatutnya berhutang jika tidak mampu membayar semula.

Semalam, media melaporkan wakil MARA bersama peguam mereka menyita barangan di dalam rumah pelakon popular Rozita Che Wan kerana gagal membayar hutang. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI