MPM larang aktiviti air susulan penampakan buaya di Pantai Teluk Batik

LUMUT – Majlis Perbandaran Manjung (MPM) mengarahkan supaya semua aktiviti air dihentikan di Pantai Teluk Batik susulan penampakan kelibat buaya air masin atau buaya tembaga di kawasan tersebut semalam.

Penampakkan buaya itu telah dikesan di Jeti Syarikat Vale Malaysia Minerals Sdn Bhd (Vale) yang jaraknya adalah 2.5 kilometer dari pantai berkenaan.

Jurucakap MPM berkata, larangan tersebut berkuat kuasa sehingga selesai tempoh pemantauan dari segi keselamatan di pantai berkenaan.

Menurutnya, MPM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Perak termasuk pihak berkuasa lain ketika ini sedang menjalankan operasi pemantauan dan pemasangan beberapa perangkap dalam tempoh operasi penangkapan reptilia itu.

“Pihak Majlis memohon supaya pengunjung untuk terus kekal mematuhi arahan iaitu tiada aktiviti pantai sehingga dimaklumkan. Bagaimanapun, aktiviti di taman dan dataran Teluk Batik kekal beroperasi seperti biasa.

“MPM berharap kejadian ini tidak akan memberikan kesan negatif kepada Pusat Peranginan Teluk Batik.

“Pada masa sama, MPM akan memberikan yang terbaik dalam perkhidmatan di Teluk Batik khususnya dalam meningkatkan industri pelancongan di Manjung,“ katanya ketika dihubungi.

Semalam, MG Perak melaporkan Perhilitan Perak mengesahkan menerima aduan berhubung penampakan buaya air masin di sekitar Pantai Teluk Batik, di sini pada Khamis.

Pengarah Perhilitan Perak, Yusoff Shariff berkata, pihaknya menerima aduan berhubung penemuan buaya itu sekitar jam 5 petang tadi.

Beliau berkata, selain Perhilitan, APM dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) turut menerima aduan mengenai kelibat reptilia itu. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kelibat buaya air masin kelihatan di Pantai Teluk Batik

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI