Sebuah rumah yang dijadikan tujuh unit rumah kongsi musnah terbakar

IPOH – Sebuah kediaman yang diubah suai menjadi tujuh unit rumah kongsi musnah dalam kebakaran yang berlaku di Jalan Ayer Tawas, Buntong di sini, malam tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 9.06 malam.

Menurutnya, sejurus selepas itu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ipoh dibantu BBP Meru Raya, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Pekan Baru dan PBS Menglembu digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemadaman.

“Setibanya di lokasi kejadian kita mendapati kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kelas A yang dijadikan rumah kongsi sebanyak tujuh unit telah musnah terbakar 70 peratus namun tiada mangsa yang mengalami kecederaan.

“Ketua operasi membuat pemeriksaan (size-up) dan mengaplikasikan konsep RECEO (menyelamat, pendedahan, penyekatan, pemadaman dan pemeriksaan) seterusnya mengarahkan anggota membuat kerja-kerja pemadaman menggunakan aliran air dari tangki jentera, tangki air dan pili bomba,“ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, operasi yang melibatkan 26 anggota dan pegawai itu tamat sepenuhnya jam 10.33 malam. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Kilang kitar semula termasuk sebuah treler terbakar

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI