MANJUNG – Sebuah pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Agama Rakyat (SAR) Padang Serai semalam bagi menempatkan 18 mangsa banjir di sekitar Daerah Manjung.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Perak dalam satu kenyataan berkata, PPS yang dibuka pada jam 1.30 petang semalam itu menempatkan lima keluarga.
“Lima keluarga terbabit adalah dari Kampung Padang Serai, Kampung Kasi dan Kampung Pengkalan Damar,“ katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Sementara itu, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) memaklumkan paras air Sungai Perak di Stesen Pasang Api, Bagan Datuk mencatatkan aras bahaya dengan bacaan 2.56 meter.
“Bagi Stesen Sungai Rui di Jambatan Jalan Raya Perak (RHN), Hulu Perak paras air Sungai Perak mencatatkan air pada aras waspada dengan bacaan 165.43 meter,” katanya. – MG Perak
Artikel Berkaitan: