Suspek kes bunuh ditahan ketika memperbaharui pasport

IPOH – Seorang lelaki yang dikehendaki bagi membantu siasatan kes bunuh lelaki warga asing di tapak pembinaan berhampiran Taman Menglembu, di sini pada Jun tahun lalu berjaya diberkas polis.

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata, suspek warga asing berusia 37 tahun itu ditahan pada Selasa.

“Bertindak atas maklumat, pada 14 Januari lalu, kita telah berjaya membuat tangkapan ke atas seorang lelaki warga asing bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan ketika sedang memperbaharui pasport di Jabatan Imigresen Kedah,“ katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Beliau berkata, suspek terbabit direman selama enam hari sehingga Isnin depan untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan membunuh dengan niat.

Sebelum ini media melaporkan, seorang lelaki berusia antara 20 hingga 30 tahun itu ditemui dalam keadaan terbaring serta tidak sedarkan diri dengan keadaan muka bercalar dan mulut berdarah di tapak pembinaan berkenaan pada 18 Jun tahun lalu.

Susulan itu, polis menahan sembilan individu termasuk seorang wanita warga asing berusia antara 21 hingga 41 tahun bagi membantu siasatan. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Lelaki warga asing ditemukan maut dengan enam kesan tikaman

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI