2.6 juta kenderaan guna lebuh raya utama sempena sambutan Tahun Baharu Cina – LLM

KUALA LUMPUR – Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) menjangkakan sebanyak 2.6 juta kenderaan menggunakan lebuh raya utama sempena sambutan Tahun Baharu Cina yang bakal disambut pada 29 Januari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 2.2 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan, Lebuhraya KL-Karak (198,000), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1 (82,000), Lebuhraya Pantai Timur Fasa 2 (48,000) dan Lebuhraya Persisiran Pantai Barat (WCE, 120,000).

LLM berkata, untuk mengurangkan kesesakan sepanjang tempoh cuti perayaan itu, beberapa langkah telah diambil bagi memastikan kelancaran lalu lintas.

Langkah-langkah tersebut ialah memastikan tiada penutupan Lorong syarikat konsesi lebuh raya kecuali kerja kecemasan bermula 23 Januari 2025 hingga 3 Februari.

Mengaktifkan laluan smart lane di 25 lokasi hotspot kesesakan di Lebuhraya Utara Selatan dan pelaksanaan pengurusan trafik di plaza tol dan persimpangan bagi menambah baik aliran trafik.

Menurutnya, pelaksanaan larangan pemanduan kenderaan barangan sempena Tahun Baharu Cina bermula 27 hingga 28 Januari dan 1 hingga 2 Februari dijangka membantu kepada aliran trafik yang lebih baik di lebuh raya utama negara.

LLM menasihatkan orang ramai merancang perjalanan dengan merujuk aplikasi MyPLUS-TTA oleh PLUS Berhad bagi perjalanan Lebuhraya Utara Selatan dan cadangan waktu perjalanan (TTA) bagi Lebuhraya KL-Karak dan Lebuhraya Pantai Timur Fasa 1. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI