MGPerak: Perak Ambil Inisiatif Bantu JPKK Dirikan Koperasi Sejati MADANI

572

Kerajaan Perak menjadi negeri pertama mengambil inisiatif menubuhkan Koperasi Sejati Madani melibatkan Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) yang menerima manfaat Program Sejahtera Komuniti MADANI (SejaTi MADANI).

Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamed, kerjasama dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) ini akan dilaksanakan di lima lokasi termasuk Gerik yang diadakan pada hari ini.

Menurut beliau, program ini merupakan usaha Kerajaan Negeri Perak dalam membantu JPKK yang menerima manfaat Program SejaTi MADANI untuk memastikan mereka menjalankan projek-projek peningkatan ekonomi. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini