Lepasan SPM boleh mula mohon UPU mulai 10 Februari ini

KUALA LUMPUR – Permohonan kemasukan pelajar Sesi Akademik 2025/2026 ke program asasi, sijil, diploma & Ijazah Sarjana Muda di 20 Universiti Awam (UA), 36 Politeknik, 106 Kolej Komuniti dan dua institusi daripada Mara Bahagian Pendidikan Tinggi (MARA BPT) melalui UPUOnline® akan dibuka mulai 10 Februari 2025 hingga 14 Mac 2025 bagi permohonan fasa pertama .

Manakala permohonan bagi fasa kedua pada 14 April 2025 hingga 18 Mei 2025.

Jabatan Pendidikan Tinggi berkata, permohonan terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan STPM/Setaraf bagi semua program pengajian untuk permohonan fasa pertama.

Manakala hanya program pengajian yang tidak bertemu duga dan/atau ujian dibuka pada permohonan Fasa Kedua.

Pembelian Nombor Pin UPUOnline® boleh dibuat melalui Bank Simpanan Nasional (BSN) di 350 Kaunter Cawangan BSN, 700 Automatic Teller Machine (ATM) BSN dan Perbankan Internet myBSN mulai 9 Februari 2025 sebelum mengemukakan permohonan.

BSN akan mengeluarkan nombor pin berserta salinan resit pembayaran dan pemohon juga diminta untuk memastikan slip pembayaran disimpan untuk rujukan sebagai bukti sah pembelian.

Menurutnya, semua calon yang berkelayakan dipelawa mengambil peluang ini bagi menyambung pengajian ke peringkat pendidikan tinggi.

Terdapat sebanyak 350 program pengajian ditawarkan kepada lepasan SPM dan 1,131 program pengajian ditawarkan kepada Lepasan STPM/Setaraf oleh UA, Politeknik, Kolej Komuniti dan MARA BPT seluruh negara.

Sebarang pertanyaan berkenaan dengan permohonan UPUOnline® tersebut boleh dimajukan ke Bahagian Kemasukan Pelajar IPTA secara
terus di alamat berikut:-
BAHAGIAN KEMASUKAN PELAJAR IPTA
JABATAN PENDIDIKAN TINGGI
ARAS 4, MENARA 2, JALAN P5/6, PRESINT 5
62000 PUTRAJAYA, WILAYAH PERSEKUTUAN PUTRAJAYA – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI