MGPerak: Mekanik Tular Tidak Mengaku Salah Pukul Anjing Dengan Tukul Besi

32

IPOH – Seorang mekanik yang sebelum ini tular memukul seekor anjing dengan menggunakan sebatang tukul besi bulan lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini hari ini.

Tertuduh, Hew Kan Wai, 42, mengangguk faham pertuduhan yang dibacakan jurubahasa dalam bahasa Mandarin di hadapan Hakim, Jean Sharmila Jesudason dan memohon dibicarakan.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa dengan kejam memukul seekor anjing jantan baka Pit Bull kacukan berwarna putih coklat dengan sebatang tukul besi hingga menyebabkan kecederaan. -MGPerak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini