IPOH – Istilah mengatakan Perak bakal menjadi negeri menua tidak tepat memandangkan pelbagai usaha dilakukan kerajaan negeri dalam menarik serta mengekalkan golongan muda untuk menetap di negeri ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, laporan yang mendakwa Perak bakal menjadi negeri menua adalah berlandaskan kepada jumlah golongan muda keluar dan golongan warga emas yang masuk ke negeri ini. – MGPerak