MGPerak: Henti Penerbangan Ipoh-Singapura, Perak Akan Berbincang Dengan AirAsia

459

Kerajaan Perak akan mengadakan perbincangan secara terperinci dengan syarikat penerbangan AirAsia berhubung penggantungan operasi laluan penerbangan Ipoh ke Singapura yang dijangka berkuat kuasa 25 April depan.

Exco Infrastruktur, Tenaga, Air dan Pengangkutan Awam Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berkata, perbincangan itu bagi mencari punca dan sebab mengapa penerbangan bagi laluan tersebut diberhentikan operasi.

Menurutnya, penerbangan untuk laluan tersebut memang sentiasa mempunyai penumpang sepanjang beroperasi di Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah (LTSAS). -MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak #airasia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini