Rumah papan dalam estet jadi makmal haram proses dadah nilai RM1.61 juta

BAGAN DATUK – Polis merampas dadah pelbagai jenis dianggarkan bernilai RM1.61 juta dan menahan tiga lelaki tempatan membabitkan sindiket pengedaran dadah berasingan di Perak dan Lembah Klang, minggu lalu.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali berkata, serbuan pertama dijalankan pihaknya di sebuah rumah kayu di Ulu Bernam, dekat sini, 12 Mac lalu.

Katanya, hasil serbuan di makmal haram sekitar jam 10 malam itu pihaknya berjaya menahan seorang lelaki yang sedang memproses dadah jenis ketamin dengan anggaran berat 27.05 kilogram (kg), cecair ketamin (40 liter) serta syabu (1.8 kg).

Makmal haram dadah Perak Sindiket dadah Malaysia Rampasan dadah terbesar Perak Polis Bukit Aman serbu makmal haram Rumah papan jadi pusat dadah Kes dadah terkini Malaysia Mat Zani
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali pada sidang media rampasan dadah bernilai RM1.61 juta di IPD Bagan Datuk.

Menurut Mat Zani, pihaknya mengesyaki pihak sindiket sengaja menyewa rumah papan terpencil di dalam ladang kelapa sawit itu sebagai modus operandi bagi mengaburi mata pihak berkuasa.

“Rumah papan seperti rumah kampung itu telah dijadikan sebagai makmal haram bagi kegiatan memproses dadah. Ia telah disewa suspek dengan bayaran RM250 sebulan.

“Walaupun menggunakan modus operandi sedemikian, pihak JSJN Bukit Aman akan tetap memburu mereka ini sehingga ke lubang cacing. Kita tidak mahu mereka terus bermaharajalela merosakkan anak bangsa kita,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media di perkarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bagan Datuk, pada Ahad.

Makmal haram dadah Perak Sindiket dadah Malaysia Rampasan dadah terbesar Perak Polis Bukit Aman serbu makmal haram Rumah papan jadi pusat dadah Kes dadah terkini Malaysia Mat Zani
Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Polis Mat Zani @ Mohd Salahuddin Che Ali pada sidang media rampasan dadah bernilai RM1.61 juta di IPD Bagan Datuk.

Ujar beliau, penahan terhadap lelaki berusia 47 tahun itu membawa kepada penahanan dua lagi lelaki di sebuah rumah di Sentul, Kuala Lumpur dan Batu Caves, Selangor, pada hari sama selain masing-masing berusia 44 dan 42 tahun.

Mat Zani berkata, kesemua jumlah dadah yang dirampas dianggarkan boleh digunakan oleh 232,500 penagih.

“Hasil ujian saringan air kencing yang dijalankan terhadap ketiga-tiga suspek, mereka negatif dadah. Namun, mereka mempunyai rekod lampau kesalahan berkaitan.

“Kita percaya bahawa sindiket ini telah aktif sejak lalu dan ketiga-tiga suspek ini telah direman tujuh hari sehingga 19 Mac. Kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

“Pada masa sama, kita percaya bahawa sindiket ini bukan melibatkan mereka sahaja, tetapi ada lagi beberapa individu terlibat yang sedang kita kesan untuk dibawa ke muka pengadilan,” katanya lagi.

Tambah Mat Zani, selain merampas peralatan memproses dadah dan bahan kimia, polis turut menyita dua kereta dan seutas jam tangan di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988 dengan nilai RM59,100. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Polis tahan tiga lelaki disyaki jual dadah ketika konsert tahun baharu

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI