Perak beri tumpuan pembangunan usahawan IAT

SEKTOR keusahawanan merupakan antara kumpulan yang sentiasa diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri Perak dalam usaha memperkasakan ekonomi rakyat dan negeri.

Perkara ini dapat dilihat apabila kerajaan negeri di bawah pimpinan Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad, memperuntukkan sejumlah dana khusus bagi pembangunan usahawan.

Sebagai contoh, dalam Belanjawan Negeri Perak 2025, sebanyak RM3 juta diperuntukkan kepada Sekretariat Usahawan Perak (STeP), RM1 juta bagi pembangunan usahawan dan koperasi, serta RM2 juta untuk program Bantuan Pinjaman Tabung Usahawan Yayasan Perak.

Perak pembangunan usahawan IAT Usahawan IAT Perak Pembangunan ekonomi Perak Bantuan keusahawanan Perak Industri asas tani Malaysia Program keusahawanan Perak Perak Sejahtera 2030 Jabatan Pertanian Perak
Gambar hiasan. Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad ketika melawat reruai pameran pada Program KPKM Inc dan Riang Ria Raya Promosi dan Jualan Produk IAT Jabatan Pertanian Negeri Perak di Pejabat Pertanian Daerah Batang Padang, Tapah. Foto ABDULLAH YUSOF, 25 MAC 2025.

Di samping itu, kerajaan negeri turut memperkukuhkan ekosistem keusahawanan, termasuk dalam sektor industri asas tani (IAT).

Menurut Saarani, Jabatan Pertanian Negeri Perak merupakan agensi yang diberi tanggungjawab dalam membangunkan usahawan IAT melalui bantuan kewangan serta khidmat nasihat.

“Kerajaan negeri tidak lokek untuk berbelanja sama ada dalam bentuk geran, pinjaman kewangan, atau kursus latihan.

“Ini adalah usaha kerajaan negeri dengan harapan agar bilangan usahawan IAT dapat terus bertambah dari semasa ke semasa,” katanya.

Jabatan Pertanian Negeri dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa seramai 492 usahawan telah berdaftar di bawah jabatan berkenaan setakat Mac tahun ini.

Gambar hiasan. Pekerja Mama Keen Empire (Makeenz) melakukan proses menggoreng rempeyek ketika tinjauan lensa MG Perak di Kawasan Perindustrian Kecil, Siputeh. Foto ANIQ NABILAFIQ ANUAR, 8 NOVEMBER 2024.

Menurutnya, perkara ini membuktikan komitmen kerajaan negeri dan jabatan dalam menyokong pertumbuhan sektor IAT yang semakin berkembang.

“Secara keseluruhan, jualan produk IAT pada tahun 2024 mencatatkan nilai RM65.5 juta dengan jumlah pengeluaran sebanyak 12.72 tan metrik.

“Pada tahun ini, seramai 50 usahawan telah menerima bantuan daripada kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian Perak dengan jumlah keseluruhan sebanyak RM980,000 setakat ini,” katanya.

Perak pembangunan usahawan IAT Usahawan IAT Perak Pembangunan ekonomi Perak Bantuan keusahawanan Perak Industri asas tani Malaysia Program keusahawanan Perak Perak Sejahtera 2030 Jabatan Pertanian Perak
Gambar hiasan. Usahawan kuih-muih sejuk beku, Shakinah Razali ketika proses membuat inti kuih produknya jenama ‘Kuih Frozen Cik Kinnah’ di Kampung Bongor Gerik. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

Melalui kenyataan sama jabatan pertanian itu menambah, bantuan tersebut merangkumi perolehan mesin dan peralatan, naik taraf premis pemprosesan, pembangunan infrastruktur keusahawanan, serta pembungkusan produk yang lebih moden dan berdaya saing.

Tambah Jabatan Pertanian Negeri lagi, inisiatif ini bertujuan meningkatkan produktiviti, kualiti, dan kebolehpasaran produk IAT, sekali gus membantu usahawan menembusi pasaran yang lebih luas.

Menurutnya, kerajaan negeri melalui Jabatan Pertanian sentiasa mengambil langkah proaktif bagi memastikan usahawan IAT terus berkembang dengan memberikan bantuan strategik yang bersesuaian.

 

Seiring Pelan Perak Sejahtera 2030

Kerajaan Negeri Perak menyedari kepentingan membangunkan modal insan sebagai salah satu faktor utama dalam memperkasakan sektor industri asas tani.

Komitmen ini diterjemahkan melalui inisiatif yang digariskan dalam Perak Sejahtera 2030 di bawah flagship kelima, iaitu Program Pembolehdayaan Modal Insan dan Pembelajaran Sepanjang Hayat.

Perak pembangunan usahawan IAT Usahawan IAT Perak Pembangunan ekonomi Perak Bantuan keusahawanan Perak Industri asas tani Malaysia Program keusahawanan Perak Perak Sejahtera 2030 Jabatan Pertanian Perak
Gambar hiasan. Usahawan kuih-muih sejuk beku, Shakinah Razali melakukan proses membungkus produknya jenama ‘Kuih Frozen Cik Kinnah’ di Kampung Bongor Gerik. Foto ABDULLAH YUSOF, 26 FEBRUARI 2025.

Menurut Jabatan Pertanian Perak, bagi memastikan usahawan IAT kekal berdaya saing dan mampu menembusi pasaran global, pelbagai program latihan, bengkel, dan bimbingan teknikal dilaksanakan secara berkala.

Katanya, langkah ini bertujuan membolehkan usahawan IAT menguasai aspek pemprosesan makanan, pemasaran digital, serta mendapatkan pensijilan halal dan Skim Pensijilan Makanan Selamat Tanggungjawab Industri (MeSTI).

Tambah jabatan itu, beberapa syarikat di bawah bimbingannya telah mencapai kejayaan membanggakan dengan pendapatan tahunan melebihi RM10 juta.

Antara syarikat terbabit ialah Syarikat Mama Keen Empire, Syarikat Silibin Flour Mill Sdn. Bhd., Syarikat Jamilah Mansor Enterprise (M) Sdn. Bhd., Syarikat Royal Rendang Tok Mak Nik, Syarikat Imperia Asia Sdn. Bhd., serta Syarikat Syilis Food Manufacturing Sdn. Bhd.

Ketua Pegawai Eksekutif Syilis Food Manufacturing Sdn Bhd, Shahrol Annaz Abdul Nasir mengira jumlah stok produk sambal Syilis Syiliscious di Kawasan Perindustrian Ringan Siputeh. Foto ABDULLAH YUSOF, 30 MAY 2024.

“Kerajaan negeri juga berbangga dengan kejayaan beberapa usahawan IAT yang telah berjaya melebarkan sayap mereka ke pasaran antarabangsa.

“Antaranya, Syarikat Imperia Asia Sdn. Bhd. telah berjaya menembusi pasaran Turki dan United Kingdom.

“Sementara itu, Syarikat Syilis Food Manufacturing Sdn. Bhd. telah berjaya memasuki pasaran Arab Saudi, Brunei, Singapura, Jepun, dan Istanbul serta berjaya mengikat kontrak pembekalan sambal nasi lemak kepada Saudi Airlines,” katanya. – MG Perak

 

Artikel Berkaitan:

Bermula RM20, kini Makeenz antara pengusaha rempeyek terbesar di Malaysia

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI