UMNO masih kukuh tanpa Pas – Saarani

TAPAH – Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad, menolak dakwaan bahawa parti itu semakin lemah selepas berpisah dengan Pas.

Beliau turut menegaskan bahawa UMNO masih berperanan penting dalam kerajaan di peringkat negeri mahupun Persekutuan.

Menurut Saarani, UMNO bukan sahaja kekal dalam tampuk pemerintahan, malah memegang jawatan-jawatan utama dalam kerajaan.

“UMNO masih sebahagian daripada kerajaan. Di Persekutuan, kita ada Timbalan Perdana Menteri, menteri kanan dan timbalan menteri.

“Di Perak, kita menang sembilan kerusi, saya dilantik sebagai Menteri Besar, dan kita ada Speaker serta tiga Exco,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Program Sejati Madani: Impian Jadi Realiti Daerah Batang Padang di Kampung Kenangan, Bidor, pada Ahad.

Turut hadir, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Salbiah Mohamad serta Pengerusi Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), Datuk Ahmad Norihan Jalal.

Mengulas kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang mendakwa UMNO kini ‘hilang taring’ selepas tidak lagi bersama Pas, Saarani menyifatkannya sebagai tuduhan tidak berasas.

“Kalau betul UMNO hilang kekuatan, sepatutnya kita sudah jadi pembangkang. Tapi kita masih dalam kerajaan. Jadi, cakap sebegitu hanya sedap didengar tapi tidak tepat,” tambahnya.

Hadi sebelum ini berkata, UMNO kehilangan sokongan pengundi Melayu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sebagai tanda kelemahan selepas perpisahan dengan Pas. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

PRK Ayer Kuning: Ustaz Muhaimin mahu jadi wakil rakyat semua kaum

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI