Subsidi telur ayam ditamatkan 1 Ogos

KUALA LMPUR – Kawalan harga telur ayam akan ditamatkan dan kadar subsidi telur ayam akan dikurangkan kepada 5 sen sebiji daripada 10 sen sebiji, berkuatkuasa esok.

Menurut Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM), pemberian subsidi bagi telur ayam ditamatkan sepenuhnya pada 1 Ogos ini.

“Keputusan tersebut dibuat setelah mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang cukup dan terjamin berikutan kos pengeluaran yang telah stabil,” katanya menerusi kenyataan.

Tambahnya, ini terbukti apabila sepanjang musim perayaan Aidilfitri lalu yang mana ketersediaan bekalan mencukupi dengan harga yang kompeititf.

Jelasnya, sejak Februari 2022 hingga Disember 2024, kerajaan telah membelanjakan hampir RM2.5 billion untuk membiayai subsidi telur ayam kepada pihak industri bagi menampung peningkatan kos pengeluaran berikutan pandemik Covid-19 serta kesan peperangan antara Ukraine dan Rusia ke atas harga import soya dan jagung bijian.

Katanya, kerajaan juga telah mengambil kira tempoh kawalan harga dan pemberian subsidi yang terlalu lama ialah sesuatu yang tidak mampan kepada kelangsungan industri pengeluaran telur tempatan serta kewangan negara.

Selain itu, menurut kenyataan tersebut, langkah penyelarasan semula subsisi adalah lebih adil memandangkan ketika ini subsidi turut dinikmati warga asing dan golongan berpendapatan tinggi.

“Hasil penjimatan daripada peruntukan tersebut kelak boleh digunakan untuk pembiayaan projek-projek tertentu untuk kesejahteraan rakyat selaras dengan nilai-nilai Madani,” uijarnya.

Menurut kenyataan itu, bagi meminimumkan kesan ke atas kos sara hidup, KPKM dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) akan melaksanakan beberapa langkah intervensi iaitu pihak industri telah bersetuju untuk memperkenalkan telur gred khas pada harga munasabah.

Selain itu, rakyat boleh mendapatkan bekalan telur pada harga yang lebih kompetitif melalui inisiatif Jualan Agro Madani dan Jualan Rahmah di seluruh negara termasuk di semua outlet Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) dan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP).

KPDN juga akan terus mempertingkatkan penguatkuasaan melalui pemantauan berterusan di Bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 (AKHAP 2011) bagi membanteras sebarang aktiviti pencatutan atau manipulasi harga oleh peniaga. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI