MGPerak: Nasi Goreng Tomyam Dipercayai Punca 43 Pelajar Keracunan Makanan

45

Nasi goreng tomyam dipercayai menjadi punca kepada 43 pelajar Sekolah Menengah San Min di Jalan Sungai Nibong, dekat sini mengalami keracunan makanan pada 21 April lalu.

Exco Sumber Manusia, Kesihatan, Hal Ehwal Masyarakat India dan Integrasi Nasional Perak, A Sivanesan berkata, kes itu mula dikesan apabila dua pelajar mengalami gejala keracunan makanan pada 22 April sebelum notifikasi rasmi diterima Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hilir Perak diterima pada dua hari kemudian.

Katanya, susulan itu pihak PKD menjalankan siasatan lanjut ke atas sekolah terbabit berhubung insiden itu dan mendapati 41 pelajar dikesan mengalami gejala sama. – MGPerak

#malaysiagazetteperak #mgperak

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini