Remaja perempuan terjatuh sungai ditemui lemas 

MANJUNG – Seorang remaja perempuan yang hilang selepas terjatuh sungai di Kampung Benting Luas, Pantai Remis dekat sini semalam ditemui pagi Sabtu.

Shirley Ngu Siok Yee, 15, ditemui terapung di tebing sungai jam 7.50 pagi, kira-kira satu kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

Difahamkan, remaja terbabit dipercayai turun bersiar-siar di sekitar jeti berhampiran sebelum terjatuh ke dalam sungai disyaki akibat lantai jeti yang reput.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata, mayat mangsa ditemui oleh Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Changkat Keruing dan Pantai Remis yang melakukan pencarian bersama menyusuri sungai.

“Mangsa telah dibawa ke jeti berhampiran menggunakan bot PBS.

“Anggota kemudiannya membantu mengangkat mangsa menggunakan pengusung sebelum diserahkan pada pihak KKM (Kementerian Kesihatan) bagi tujuan pengesahan seterusnya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi terkawal pada jam 8 pagi dan tamat sepenuhnya sekitar jam 9.45 pagi,” ujarnya.

Beliau berkata, operasi mencari dan menyelamat melibatkan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Remis, KKM dan polis. – MG Perak

Artikel Berkaitan:

Remaja perempuan dikhuatiri lemas selepas terjatuh sungai

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : MG Perak
X : MG Perak
Instagram : MG Perak
Youtube : MG Perak
TikTok : MG Perak
Threads : MG Perak

ARTIKEL BERKAITAN

KOMEN

TINGGALKAN PESANAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

Kongsi

TERKINI