Perak sedang menjalankan penilaian prestasi ke atas 829 Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) atau ketua kampung yang akan tamat perkhidmatan pada hujung bulan ini.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, penilaian yang dilakukan oleh pegawai daerah masing-masing itu bertujuan untuk menentukan sama ada ketua kampung sedia ada akan disambung perkhidmatan atau digantikan dengan pelantikan baharu bermula 1 Jun depan. -MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak