Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim berkenan berangkat merasmikan Majlis Simposium ‘Women In Medicine 2025’ sempena Sambutan Hari Wanita Sedunia di Hotel Weil, pada Selasa.
Keberangkatan tiba baginda pada jam 10 pagi disambut oleh isteri Menteri Besar Perak, Datin Seri Aezer Zubin.
Hadir sama, isteri Setiausaha Kerajaan Negeri Perak, Datin Che Fauziah Ahmad; Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Perak, Dr Feisul Idzwan Mustapha dan Pengerusi Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) Perak, Dr S Suresh.
Dalam majlis itu, Tuanku Zara turut berkenan menyempurnakan lafaz rasmi dan gimik perasmian seterusnya menandatangani plak sebagai simbolik perasmian. – MGPerak
#malaysiagazetteperak #mgperak